Thursday 1 November 2012

Nazmi terus mengaum



Nazmi
Nazmi Faiz mencipta nama di bumi Portugal.
WONDER kid Malaysia, Nazmi Faiz Mansor terus mempamerkan persembahan terbaik apabila membantu pasukannya, SC Beira- Mar mencatat kemenangan 2-0 ke atas Academico de Ciseu.

Kemenangan itu terus melonjak kedudukan pasukannya ke tangga teratas Liga Portugis Divisyen 2 Bawah 19 tahun dengan mengumpul 19 mata, hasil kemenangan pada enam perlawanan dan seri satu.

“Sejak menyertai pasukan­ ini, prestasi Nazmi semakin meningkat dan saya percaya dia mempunyai masa depan yang cerah di sini,” kata jurulatihnya, Antonio Luis.

Berdasarkan pencapaian membanggakan itu dalam pasukan­ remaja, Nazmi berpeluang cerah beraksi dalam pasukan utama pada perlawanan akan datang.

Tuesday 9 October 2012

Inilah gambar Selena Gomez tayang payudara yang tersebar di Internet


Kebelangkangan ini pencarian gambar Selena Gomez telah mendapat hit yang tinggi, apabila gambar bogel artis tersebut telah tersebar di Internet. Gambar Remaja popular ini, Khabarnya telah diambil, dicuri, dirembat oleh FANnya sendiri dan disebarkan diatas tujuan yang tidak mendapat
sebarang keuntungan.

Gambar tersebut menunjukkan aksi Selena Gomez berposing bahagian buah dadanya dan kawasan privasinya tanpa memakai pakaian dalam di bahagian atas badannya begitu juga dibahagian kawasan privasinya.

Gambar Original tidak dapat dipaparkan disini diatas tujuan menjaga nama baik golongan kaum wanita tetapi sekiranya anda ingin tahu anda boleh berikan email anda di bahagian komen.




Thursday 4 October 2012

Cara menutup plastik makanan supaya tak masuk angin



step 1: potong botol mineral mcm ni









step 2: masuk kan plastik makanan mcm ni






step 3: lipat kan camni







dan last: bubuh kan penutup botal mineral water td ketat2



Idea ini adalah idea yang TERBAIK sekali untuk MENUTUP bungkusan makanan yang telah dibuka daripada masuk angin atau lemau.

Contoh : Makanan snack atau apa2 makanan lain yang dibungkus.

Psst : Jangan dibuang botol mineral atau yang sebagainya kerana boleh guna untuk tujuan ini.

cedok 100% sini

Wednesday 3 October 2012

Ghaddar Wira Red Warriors


Mohammad Ghaddar menjadi penyelamat Kelantan apabila menjaringkan gol penyamaan sekaligus melayakkan Kelantan mara ke peringkat separuh akhir dengan agregat 4-3, untuk bertemu Selangor nanti.
Pemain import Mohammad Ghaddar menjadi penyelamat Kelantan apabila menjaringkan gol penyamaan 2-2 dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Felda United.
Keputusan itu sekaligus melayakkan Kelantan mara ke peringkat separuh akhir dengan agregat 4-3, untuk bertemu Selangor yang mengesahkan tempatnya selepas menewaskan Johor FC 2-1 di Stadium Shah Alam (agregat 5-2).
Detik cemas di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu apabila pasukan pelawat terlebih dahulu meninggalkan Kelantan 2 0, sebelum Kelantan mula bangkit menerusi jaringan  pembukaan Norfarhan di minit ke-71 apabila dia meyambut baik tendangan sudut dengan melakukan rembatan.
Di penghujung perlawanan, Mohammad Ghaddar menggamatkan stadium apabila menjaringkan gol penyamaan menerusi sudut yang sukar untuk menewaskan penjaga gol Felda, Hamsani.
Perlawanan tersebut dilihat seimbang sejak dari awal dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. Bagaimanapun, corak serangan Kelantan di separuh masa kedua sedikit berubah dengan kemasukan Indra Putra Mahayuddin yang masuk menggantikan Badri Radzi.
Felda menjaringkan gol pembukaan menerusi pemain importnya, Mickael Antoine Curier di minit ke-40, sebelum pemain pinjaman Kelantan dari Sabah, Mafry Balang menjaringkan gol sendiri pada minit ke-55.
Di awal perlawanan (m14), pasukan pelawat sudah memiliki peluang terbaik ketika berlaku keadaan kelam kabut di dalam kotak penalti Kelantan. Nizad Ayub pada ketika itu mempunyai ruang yang baik, namun rembatannya terkena muka Khariul Fahmi Che Mat.
Lima belas minit kemudian peluang keemasaan Kelantan hadir, namun rembatan Badri Radzi tersasar jauh setelah menerima hantaran daripada Mohammad Ghaddar.
Turut mara ke separuh akhir ialah pasukan ATM yang menumpaskan Negeri Sembilan 3-1 di Paroi (agregat 6-3). ATM akan bertemu Lions XII yang menewaskan Pahang 2-0 di Stadium Jalan Besar (agregat 3-2).

Tuesday 2 October 2012

Doakan Kami Sehingga Ke Jinjang Pelamin – Apek


Selepas pengakuan daripada Leuniey tentang hubungannya dengan Khairul Fahmi (Apek) lebih daripada kawan biasa, hari ini Apek tampil menerusi Harian Metro mengesahkan percintaan mereka. Menurut Apek, tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan mengenai hubungan mereka berdua.
apek leuniey
Hubungan percintaan Apek sebelum ini pernah berkubur sebanyak 2 kali. Namun kali ini, Apek berharap agar orang ramai mendoakan agar hubungannya dengan Leuniey akan berakhir ke jinjang pelamin. Kata Apek:-
Kini, tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan, malah keluarga saya dan Leuniey mengetahui hubungan kami. Saya minta semua doakan(supaya hubungan berkekalan sehingga jinjang pelamin). Jika kami benar-benar bersedia untuk bertunang dan seterusnya berkahwin, kami akan maklumkan kepada semua. Kami tidak akan rahsiakan pertunangan dan perkahwinan kami.
Baguslah begitu. Semoga dengan pengesahan ini, tiada lagi cerita-cerita mengarut tentang Apek yang akan terpampang di dada akhbar. Sekaligus Apek dapat menumpukan perhatian untuk menjaga gawang gol Kelantan dan Malaysia. Semoga hidup dan kerjaya Apek akan terus berkembang maju selepas ini.

Syarat Kelayakan BR1M Untuk Sesi 2013


Pada jumaat yang lepas, di dalam perbentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri telah bermurah hati untuk meneruskan BR1M yang sebelum ini telah pun dilaksanankan dengan BR1M 2.0. BR1M atau Bantuan Rakyat 1Malaysia ini diperluaskan lagi kepada golongan bujang yang mempunyai gaji dibawah RM2000. Berikut adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2.0 untuk sesi 2013.

Syarat Kelayakan BR1M 2013

Bujang
  • Syarat kelayakan (bujang) : Anda mesti berstatus bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan. 
  • Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM250. 
  • Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang. 
  • Tarikh Pembayaran : Awal 2013

Isi Rumah
  • Syarat kelayakan (bekeluarga) : Isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah. 
  • Jumlah Penerima : 4.3 juta isi rumah. 
  • Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM500 (kekal seperti pada pusing pertama). 
  • Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang. 
  • Tarikh Pembayaran : Awal 2013

Cara Memohon Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013

Untuk mohon BR1M, sila layari Daftar BR1M 2.0 dan borang hanya boleh didapati awal bulan November 2012 ini. Mana-mana penerima bantuan BR1M Malaysia sebelum ini tidak perlu mendaftar kali kedua. Hanya khas untuk pemohonan yang baru sahaja.
  • Datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara. 
  • Semasa datang mendaftar kelak, dokumen wajib yang perlu di bawa pastilah borang pendaftaran bantuan BR1M 2.0 Malaysia, Salinan Mykad/kad polis/kad tentera dan jika perlu bawa sekali salinan gaji anda. 
  • Penerima bantuan e-Kasih juga layak menerima bantuan BR1M 2.0 Malaysia ini.

Tarikh Pembayaran BR1M 2.0
  • Akan dibayar pada awal tahun 2013

Kelantan yakin



KELANTAN cukup optimis untuk melangkah ke pusingan separuh akhir kempen Piala Malaysia 2012.
Malam ini, mereka bakal melayan kunjungan Felda United pada aksi suku akhir kedua di Kota Bharu.
Selepas berjaya memperoleh kelebihan dua gol di gelanggang lawan, di atas kertas Kelantan sudah pastinya berdepan tekanan hebat untuk menjadi pasukan pilihan mara ke pusingan seterusnya.
Malah, saingan daripada Felda United juga seharusnya tidak boleh dipandang mudah terutama apabila anak-anak buah E. Elavarasan mempamerkan aksi mantap dan telah banyak kali Felda United membuktikan mereka adalah pasukan berstatus kelab yang berada dalam kelas tersendiri.
Bagaimanapun, hakikat tersebut pantas disedari oleh pengendali Kelantan, Bojan Hodak yang sudah merasakan bahawa cabaran yang bakal dihadapi pasukannya malam ini pastinya cukup sengit.
“Kita mempunyai segala kelebihan, beraksi di laman sendiri selain reputasi semasa sudah pastinya menjadikan kita pasukan pilihan berbanding Felda United yang beraksi tanpa tekanan.
“Saya fikir gol awal akan membantu memudahkan tugas kita melangkah ke separuh akhir. Sudah tentu ia akan menjarakkan kedudukan dan memberi tekanan kepada Felda United.
“Tetapi ia bukan tugas yang mudah kerana mereka (Felda United) juga akan turun habis-habisan untuk mencari kemenangan,” katanya di Kota Bharu semalam.
Tambahnya, beliau menjangkakan Felda United yang tewas 1-2 dalam perlawanan minggu lalu akan turun dengan taktik bertahan dan memburu gol melalui serangan pantas yang sudah tentunya menyukarkan jentera hadapan dan benteng pertahanan The Red Warriors.
Katanya, mungkin sokongan daripada para peminat mampu memberi tonik tambahan kepada para pemain Kelantan.
“Mungkin sembilan atau 10 pemain mereka akan berkampung di kawasan pertahanan dan saya harap kita tidak melakukan kesilapan dan terlalu ghairah memburu gol sehingga menyebabkan kita terperangkap.”
Jelasnya, dua gol melalui aksi di gelanggang lawan sudah memberi kelebihan namun beliau tidak mahu anak-anak buahnya berpuas hati dengan keputusan tersebut. Hodak mahu Kelantan melangkah dengan penuh bergaya dengan jumlah jaringan yang lebih besar.
Mengulas mengenai kemungkinan berlaku beberapa rombakan yang akan dilakukannya, Hodak menjawab “Saya akan lakukan perubahan satu atau dua pemain tetapi saya belum fikir tentang rombakan tersebut lagi, mungkin saya akan tengok dalam sesi latihan petang ini (semalam).
“Muhammad Ghaddar masih berada di bangku simpanan. Saya bersedia menurunkan dia pada babak kedua. Saya yakin kita boleh menewaskan Felda United malam esok (malam ini). Dengan stadium penuh dan sokongan peminat, kita boleh menewaskan Felda United untuk ke separuh akhir,” jelasnya.

cedok 100% sini

Petua mencantikkan buah dada/payudara


Cubalah petua di bawah ini untuk mendapatkan buah dada atau payudara yang cantik dan menarik.
1) Panaskan dua sudu minyak sapi kemudian biarkan sejuk. Sapu dan urutkan di sekeliling payudara selama 15 minit. Kemudian ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam. Lapkan minyak sapi sehingga bersih.
2) Tumbuk sepuluh biji bawang merah hingga lumat. Sapukan disekitar buah dada atau payudara, jangan terkena putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dan bilas dengan air bersih.

cedok 100% sini

Bonus 1.5 bulan: Bayar dahulu baru mohon?


TEMERLOH: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bonus sebulan setengah kepada kakitangan awam sangat mengelirukan kerana sudah ada bonus yang telah dibayar sebelum Belanjawan 2013 dibentangkan Jumaat yang lalu.


“Pertama kerana setengah bulan pertama telah dibayar pada bulan Ogos lalu, manakala bakinya akan dibayar pada dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

"Apa yang menghairankan bagaimana pembayaran dibuat sedangkan permohonan peruntukan baru masih dibuat,” soal Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.

Berlatarbelakangkan demikian, Tuan Ibrahim juga mempersoalkan peruntukan mana yang digunakan untuk bayaran bonus setengah bulan pada bulan Ogos lalu.

“Ini kerana perisytiharan bonus sebulan setengah baru diumumkan. Ertinya baru dipohon untuk diluluskan.

"Apakah ia telah masuk didalam peruntukan tambahan tahun ini? Kalau begitu, tak perlulah dinyatakan dalam pembentangan belanjawan 2013,” kata beliau.

Namun, kata Tuan Ibrahim, sekiranya ia menggunakan Belanjawan 2013, maka persoalannya ialah pembayaran yang telah dibuat menggunakan dana dari mana.

“Lebih elok perkara ini ditanya dan dijawab oleh ahli-ahli parlimen dalam perbahasan bajet memandangkan pembentang bajet sudah menghilangkan diri daripada parlimen,” sindir beliau merujuk kepada ketidakhadiran Najib dalam perbahasan bajet oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Sekiranya peruntukan untuk membayar bonus adalah daripada Belanjawan 2013, Tuan Ibrahim menyoal mengapa Najib perlu menebal muka untuk mengumpulkan bonus yang telah dibayar dengan bonus tahun depan bagi menggambarkan banyaknya bonus yang diberi.

“Tindakan ini tidak lebih dari usaha menunjukkan pentadbiran kerajaan BN sangat prihatin kepada kakitangan awam.

"Kalau begitu, lebih baik kalau beliau campurkan semua bonus bonus sejak Merdeka sampai kini, barulah rakyat terbeliak biji mata melihat slogan Janji 55 tahun sudah ditepati,” sindir beliau lagi.

cedok 100% sini

Tolak cinta bos gangster - deejay diculik

‘Bos suruh bakar kau’


JOHOR BAHRU: “Penculik memaksa saya diam sebelum mengatakan ‘engkau ada cinta tak berbalas, bos kami suruh bakar engkau je. Aku pun tak nak buat tapi diupah. Aku dari jauh, dari Negeri Sembilan.’
“Pada masa sama, penculik turut menggunakan walkie-talkie dan mengikut arahan diberikan seseorang termasuk mengelar sedikit leher saya selain menoreh bahagian bawah ibu jari tangan kiri saya menggunakan pisau,” kata deejay radio, Julie Diana Omar Shariff, 34, yang lebih dikenali sebagai JD di sini, semalam.
Menurut Julie, dia diculik pada jam 1 pagi, Sabtu lalu, di Danga Bay ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya.

Mengimbau kejadian, Julie yang ditemui berkata, sebelum kejadian dia yang memandu Proton Satria Neo diekori sebuah kereta Proton Iswara merah.


cedok 100 % sini