Tuesday 2 October 2012

Syarat Kelayakan BR1M Untuk Sesi 2013


Pada jumaat yang lepas, di dalam perbentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri telah bermurah hati untuk meneruskan BR1M yang sebelum ini telah pun dilaksanankan dengan BR1M 2.0. BR1M atau Bantuan Rakyat 1Malaysia ini diperluaskan lagi kepada golongan bujang yang mempunyai gaji dibawah RM2000. Berikut adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2.0 untuk sesi 2013.

Syarat Kelayakan BR1M 2013

Bujang
  • Syarat kelayakan (bujang) : Anda mesti berstatus bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan. 
  • Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM250. 
  • Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang. 
  • Tarikh Pembayaran : Awal 2013

Isi Rumah
  • Syarat kelayakan (bekeluarga) : Isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah. 
  • Jumlah Penerima : 4.3 juta isi rumah. 
  • Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM500 (kekal seperti pada pusing pertama). 
  • Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang. 
  • Tarikh Pembayaran : Awal 2013

Cara Memohon Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013

Untuk mohon BR1M, sila layari Daftar BR1M 2.0 dan borang hanya boleh didapati awal bulan November 2012 ini. Mana-mana penerima bantuan BR1M Malaysia sebelum ini tidak perlu mendaftar kali kedua. Hanya khas untuk pemohonan yang baru sahaja.
  • Datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara. 
  • Semasa datang mendaftar kelak, dokumen wajib yang perlu di bawa pastilah borang pendaftaran bantuan BR1M 2.0 Malaysia, Salinan Mykad/kad polis/kad tentera dan jika perlu bawa sekali salinan gaji anda. 
  • Penerima bantuan e-Kasih juga layak menerima bantuan BR1M 2.0 Malaysia ini.

Tarikh Pembayaran BR1M 2.0
  • Akan dibayar pada awal tahun 2013

No comments:

Post a Comment